Gong Yoo sanggup susutkan berat badan demi jayakan filem "Seo Bok" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Gong Yoo sanggup susutkan berat badan demi jayakan filem "Seo Bok"

Penulis: Nisa Irina

Gong Yoo beri fokus untuk cengkungkan muka dan bina otot untuk watak Ki Hun.
Gong Yoo beri fokus untuk cengkungkan muka dan bina otot untuk watak Ki Hun.

21 Sep – Seperti sedia maklum, aktor Korea Selatan Gong Ji-cheol, atau lebih mesra disapa Gong Yoo, bakal membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem aksi thriller "Seo Bok" arahan Lee Yong-joo.

Menurut Gong Yoo, untuk menjayakan wataknya sebagai Ki Hun dalam filem itu bukanlah mudah memandangkan dia perlu menyusutkan berat badan dengan mengamalkan diet khas.

"Sebab mengapa saya mengamalkan diet adalah untuk mengubah bentuk muka saya. Watak Ki Hun adalah seorang yang tak berapa sihat, jadi saya perlu kelihatan sedikit kurus.

"Selain itu, saya juga banyak bersenam supaya muka saya menjadi cengkung dan menambah berat pada otot. Dalam filem ini, saya dipertanggungjawabkan untuk melindungi Seo Bok, klon manusia pertama.

"Park Bo Gum yang memegang watak Seo Bok, mempunyai bentuk badan yang tegap dan tak seperti yang anda sangkakan. Jadi saya mementingkan perkara itu dan memberi fokus untuk membina otot," katanya yang dipetik dari Soompi.

Buat makluman lanjut, ini merupakan kali pertama Gong Yoo digandingkan dengan aktor Park Bo Gum, di mana mereka telah selesai menjalani penggambaran pada November tahun lalu.

"Seo Bok" mengisahkan bekas ejen rahsia, Ki Hun, yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi klon manusia pertama bernama Seo Bok daripada pihak-pihak berkuasa yang ingin merampasnya atas kepentingan sendiri.

Buat masa ini, pihak produksi mensasarkan tarikh tayangan filem itu pada Disember 2020, jika situasi pandemik COVID-19 sudah mula terkawal.

(Sumber foto: GQ Korea)

Cinema Online, 21 Sept 2020

Filem Berkaitan:
The Suspect (KFF) (Korean) (26 Okt 2017)
Train To Busan (Special Version) (Korean) (01 Jul 2020)


Waktu Tayangan