Hairul Azreen tak ralat terpaksa tolak dua tawaran filem Hollywood | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Hairul Azreen tak ralat terpaksa tolak dua tawaran filem Hollywood

Penulis: Nisa Irina

Hairul Azreen ingin wakili Malaysia sebagai pelakon aksi di Hollywood.
Hairul Azreen ingin wakili Malaysia sebagai pelakon aksi di Hollywood.

28 Okt – Harapan pelakon aksi popular Hairul Azreen untuk melebarkan sayap ke persada antarabangsa terkubur apabila dia terpaksa menolak dua tawaran berlakon luar negara susulan pandemik COVID-19.

Memetik laporan dari Harian Metro, pemilik nama lengkap Hairul Azreen Idris itu mendedahkan bahawa dia telah menerima tawaran daripada dua individu perfileman terkenal selepas menjayakan filem "Wira".

"Saya sudah bertemu dengan seorang pelakon aksi dari Amerika Syarikat, namun hasrat itu terhenti kerana penularan COVID-19. Begitu juga dengan tawaran daripada seorang pengarah di United Kingdom.

"Saya tidak ralat atau bersedih, sebaliknya saya anggap belum rezeki untuk mencuba nasib dalam membina nama di luar negara.

"Saya sudah lama menyimpan keinginan untuk melebarkan sayap ke Hollywood. Namun, tawaran itu belum ada. Lagipun bukan mudah untuk menempa nama di sana.

"Saya mahu mewakili Malaysia sebagai pelakon aksi yang berkebolehan untuk menjayakan babak pertarungan. Boleh dikatakan hampir setiap negara Asia mempunyai pelakon aksi yang berjaya ke pentas Hollywood, jadi saya pun nak harumkan nama Malaysia," katanya.

Terdahulu, Hairul berkongsi keterujaannya apabila pelakon dan bintang seni bela diri Hollywood, Mark Dacascos meninggalkan komen di laman Instagram susulan kejayaan filem "Wira".

Malah, suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu turut bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan bintang dari Indonesia, Yayan Ruhian, yang sudah pun mencipta nama di Hollywood.

Dalam perkembangan lain, selepas mencipta fenomena di portal penstriman Netflix menerusi filem komedi romantik "Pasal Kau!", Hairul akan muncul dalam dua filem aksi terbaru iaitu "Bakara" dan "Abang Long Fadil 3".

(Sumber foto: Hairul Azreen Instagram)

Cinema Online, 28 Okt 2020

Filem Berkaitan:
Bakara (Melayu) (Undated)
Wira (Melayu) (21 Nov 2019)
Polis Evo 2 (Melayu) (22 Nov 2018)


Waktu Tayangan