Harris Alif dedah kini sedang bercinta dengan Intan Ladyana | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Harris Alif dedah kini sedang bercinta dengan Intan Ladyana

Penulis: Ashraf Nasser

Harris Alif memuat naik foto bersama Intan Ladyana di Instagram dengan kapsyen 'Raya dengan tersayang'.
Harris Alif memuat naik foto bersama Intan Ladyana di Instagram dengan
kapsyen 'Raya dengan tersayang'.

28 Mei – Dunia hiburan kecoh apabila pelakon dan pengacara Harris Alif, 21, telah membuat pendedahan dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon senior Intan Ladyana, 38, baru-baru ini.

Menurut Harris, perbezaan jarak yang besar iaitu 17 tahun tidak langsung menjadi penghalang kepada cinta mereka yang mana dia mendedahkan hubungan mereka mula serius sejak awal tahun ini.

"Kami rapat dan mula berhubung pada tahun ini serta segala-galanya pun bermula. Selepas makin rapat kerana sering berhubung, barulah timbul keserasian dan perkara-perkara lain.

"Memang kini saya bercinta dengan dia (Intan). Apatah lagi, perhubungan kami dijalin pada dasar suka sama suka dan ikhlas. Malah, atas sebab itu juga perbezaan umur yang ketara tidak pernah kami sentuh untuk dibicarakan," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambahnya lagi, mereka kini dalam fasa untuk mengenal hati budi masing-masing dan memang memasang niat untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius namun bukan dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Intan pula enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan oleh Harris kerana dia masih teguh dengan prinsipnya iaitu tidak akan menjawab soalan perihal peribadi.

Sementara itu, Harris juga berkata dia tidak ambil hati dengan kecaman yang diterima kerana bercinta dengan wanita berusia kerana mereka tidak mengenali dia dan kekasihnya secara peribadi.

(Sumber foto: Harris Alif Instagram)

Cinema Online, 28 Mei 2020

Filem Berkaitan:
Town Mall (Malay) (Not Showing)
Kembar Siang (Malay) (24 Feb 2011)
ADNAN SEMPIT (Malay) (14 Jan 2010)


Waktu Tayangan