Ibu Jiah Khan dakwa Salman Khan cuba sabotaj siasatan kes anaknya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ibu Jiah Khan dakwa Salman Khan cuba sabotaj siasatan kes anaknya

Penulis: Ashraf Nasser

Rabia Khan mahu industri Bollywood sedar dan hapuskan budaya buli.
Rabia Khan mahu industri Bollywood sedar dan hapuskan budaya buli.

20 Jun – Ibu kepada aktres mendiang Jiah Khan iaitu Rabia Khan telah tampil mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan bahawa bintang terkenal Salman Khan didakwa menggunakan pengaruhnya untuk cuba sabotaj dan melindungi Sooraj Pancholi daripada siasatan polis terhadap kes bunuh diri anaknya.

Rabia tampil membuat pendedahan itu selepas memuat naik video mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang aktor Sushant Singh Rajput yang mati akibat bunuh diri.

"Dengan apa yang berlaku terhadap Sushant, ia mengingatkan saya semula pada tahun 2015 apabila saya bertemu dengan pegawai CBI yang menghubungi saya ketika di London. Dia berkata datang segera, kami sudah menemui bukti jenayah. Apabila saya tiba di sana dia berkata, 'Salman Khan menghubungi saya setiap hari dan dia berkata dia telah banyak laburkan wang, jadi tolong jangan ganggu budak lelaki (Sooraj) itu, jangan sentuh dia. Jadi apa yang boleh kami lakukan puan?' Dia kelihatan terganggu dengan perkara itu," ujar Rabia dalam video di Spotboye.

Tambahnya, apa yang berlaku kepada Sushant adalah sesuatu yang sangat teruk dan Bollywood perlu sedar dan perlu hapuskan budaya membuli ini kerana pembulian juga adalah seperti membunuh seseorang.

Dalam pada itu, Rabia berkata sekiranya ada pihak yang menggunakan pengaruh, wang dan kuasa untuk sabotaj kematian dan siasatan, maka tiada tempat lagi untuk orang ramai mendapatkan keadilan.

Kira-kira tiga tahun lalu, Jiah telah membunuh diri di kediamannya pada tahun 2013 pada usia 25 tahun yang mana teman lelakinya ketika itu iaitu Sooraj dilaporkan menjadi punca kepada kematian aktres itu.

(Sumber: news.abplive)

Cinema Online, 20 Jun 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan