Impian Rukshar Dhillon ceburi dunia Bollywood akhirnya tercapai | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Impian Rukshar Dhillon ceburi dunia Bollywood akhirnya tercapai

Penulis: Nisa Irina

Rukshar Dhillon teruja dapat serlahkan bakat lakonan dan tarian dalam filem Hindi pertamanya.
Rukshar Dhillon teruja dapat serlahkan bakat lakonan dan tarian dalam filem Hindi pertamanya.

5 Jan – Impian aktres baru Rukshar Dhillon untuk beraksi di layar lebar Bollywood akhirnya tercapai apabila dia dipilih untuk membuat debut menerusi filem tarian "Bhangra Paa Le".

Seperti yang dilaporkan oleh Outlook India, penglibatannya dalam filem itu sekaligus membuka peluang untuk dia menyerlahkan bakat dalam bidang lakonan dan juga tarian.

"Walaupun saya tidak pernah merancang untuk menjadi seorang aktor, tetapi saya mempunyai impian untuk membuat debut dalam industri Bollywood.

"Saya bermula dengan industri filem India Selatan dan ianya bagus, tetapi impian saya adalah membintangi filem Hindi. Menariknya, saya berpeluang untuk menari dan menyerlahkan lakonan saya dalam filem ini.

"Skripnya dihasilkan dengan sangat baik dan watak saya juga menyerlah. Ia bukan seperti watak heroin yang biasa dilihat," ujar aktres berusia 26 tahun itu.

Selain Rukshar, filem itu juga menandakan penglibatan adik Vicky Kaushal, Sunny Kaushal, sebagai peneraju utama dalam filem Bollywood buat kali pertama.

"Bhangra Paa Le" berkisar mengenai Jaggi Singh, yang mempunyai minat mendalam terhadap tarian Bhangra dan ingin mempamerkannya secara besar-besaran dengan menyertai sebuah pertandingan tarian antarabangsa.

Filem itu diarahkan oleh Sneha Taurani di bawah terbitan syarikat produksi Ronnie Screwvala, RSVP Movies. Ia akan ditayangkan di pawagam bermula 3 Januari ini.

(Sumber foto: Sify)
(Sumber artikel: Outlook India)

Cinema Online, 05 Jan 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan