Intan Najuwa enggan dedah sebab putus tunang | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Intan Najuwa enggan dedah sebab putus tunang

Penulis: Ashraf Nasser

Intan Najuwa tidak kecewa, sebaliknya anggap sebagai tiada jodoh antaranya dengan bekas tunang.
Intan Najuwa tidak kecewa, sebaliknya anggap sebagai tiada jodoh antaranya dengan bekas tunang.

27 Feb – Pelakon popular Intan Najuwa telah mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli sudah pun putus.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abadul Wahid bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar mereka ambil keputusan untuk putus tunang, sebaliknya hanya berkata mereka sudah tidak ada persefahaman.

"Apa pun punca sebenar saya putus tunang, biarlah kami bersama keluarga saja yang tahu," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon berusia 22 tahun itu berkata walaupun mereka sudah lagi tidak mempunyai sebarang ikatan, namun keluarga kedua belah pihak masih baik-baik saja.

Malah dia menganggap apa yang terjadi pada dirinya ini sebagai tiada jodoh.

Terdahulu, hubungan antaran pelakon itu dan tunangnya mula goyah selepas aksi mesra Intan bersama Zul Ariffin tahun lalu tersebar.

Sementara itu, berikutan sudah lagi tidak mempunyai komitmen terhadap perhubungan, Intan kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga dan kerjaya lakonan.

(Sumber foto: Intan Najuwa Instagram)

Cinema Online, 27 Feb 2020

Waktu Tayangan