Ishita Raj bakal bintangi filem pendek "Hidden" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ishita Raj bakal bintangi filem pendek "Hidden"

Penulis: Nisa Irina

Ishita Raj akan jayakan watak seorang ejen perisik RAW.
Ishita Raj akan jayakan watak seorang ejen perisik RAW.

4 Apr – Aktres dan model Ishita Raj dilaporkan bakal membintangi sebuah filem pendek aksi thriller arahan Raman K Jangwal berjudul "Hidden" tidak lama lagi.

Menurut laporan dari Times of India, Ishita akan memegang watak seorang ejen perisik organisasi Research and Analysis Wing (RAW), iaitu sebuah agensi perisikan luar India.

Sebelumnya, filem-filem Bollywood lain juga pernah menceritakan kisah agensi RAW yang mempunyai sejarah ejen-ejen yang setia berbakti kepada negara India.

Menerusi filem pendek terbitan Vinil Gupta itu juga, Ishita akan berkongsi skrin bersama aktor Manish Shukla yang sebelum ini terkena; dengan sebuah lagi filem pendek berjudul "Victim".

Sedikit butiran mengenai Ishita, aktres berkenaan telah membuat debut dalam industri perfileman Bollywood menerusi filem "Pyaar Ka Punchnama" (2011) arahan Luv Ranjan.

Kini dia terus mencipta nama dengan membintangi filem-filem lain seperti "Meeruthiya Gangsters", "Pyaar Ka Punchnama 2", "Sonu Ke Titu Ki Sweety", "Prassthanam", "Yaaram" dan "Jai Mummy Di".

Beralih ke perkembangan lain, Ishita akan kembali bekerjasama dengan Luv Ranjan menerusi filem komedi "Wild Wild Punjab" yang akan memulakan produksinya tahun ini.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Ishita Raj Instagram)

Cinema Online, 04 Apr 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan