Issey buat debut sebagai penerbit dengan telefilem "Perang Dingin" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Issey buat debut sebagai penerbit dengan telefilem "Perang Dingin"

Penulis: Nisa Irina

Issey (kiri) selesa dapat bekerjasama dengan Ammar dan Ain Edruce dalam telefilem terbitannya.
Issey (kiri) selesa dapat bekerjasama dengan Ammar dan Ain Edruce dalam telefilem terbitannya.

12 Ogos – Pelakon, pelawak, dan penyampai radio Fazlisham Mat Hussin atau lebih dikenali sebagai Issey, akhirnya bergelar seorang penerbit dengan menerbitkan sebuah telefilem berjudul "Perang Dingin".

"Sejujurnya saya sangat sukakan projek ini sebab dapat bekerja dengan rakan-rakan saya yang baik. Barisan pelakon memang kita pilih yang kita selesa untuk bekerjasama.

"Jalan cerita telefilem ini memang idea daripada saya sendiri. Dari dulu lagi saya minat dalam dunia produksi ini. Memandangkan sebelum ini saya pun belajar dalam bidang pengurusan industri kreatif, jadi ada kena mengena juga.

"Jadi saya teruskan minat saya itu untuk sempurnakan impian menjadi seorang penerbit," katanya yang dipetik dari mStar Online.

Seperti yang dikongsikan Issey menerusi laman Instagram, telefilem itu dibintangi oleh dua ahli kumpulan Titans yang menyertai program realiti Muzikal Lawak Superstar bersamanya tahun lalu, iaitu Ain Edruce dan Azizul Ammar.

Selain Ain dan Ammar, telefilem itu turut menampilkan pelakon lain seperti Sharifah Shahirah, Zila Bakarin, serta penampilan khas oleh Kazar dan Haeriyanto Hassan.

Jika dilihat menerusi laman Instagram syarikat produksi Red Bean Production, telefilem arahan Wan Saiful Shahrizan itu masih berada dalam proses penggambaran di sekitar Eco World, Setia Alam.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak penerbit masih belum mendedahkan tarikh tayangan mahupun saluran siaran telefilem tersebut.

Terdahulu, Issey dilihat berlakon dalam drama rantaian "Nasi Kerabu Untuk Che Abe" dan telefilem "Saka Viral" yang disiarkan menerusi saluran TV3.

(Sumber foto: Issey Instagram)

Cinema Online, 12 Ogos 2020

Waktu Tayangan