Akui fobia COVID-19, Janna Nick tak berani sambung penggambaran | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Akui fobia COVID-19, Janna Nick tak berani sambung penggambaran

Penulis: Nisa Irina

Janna Nick tak mahu ambil risiko memandangkan kes COVID-19 meningkat.
Janna Nick tak mahu ambil risiko memandangkan kes COVID-19 meningkat.

19 Okt – Peningkatan angka kes wabak COVID-19 dalam negara membuatkan pelakon dan pengacara Janna Nick berasa bimbang untuk menyambung penggambaran di luar.

Baru-baru ini, pemilik nama asal Nurul Jannah Munir itu meluahkan kegusarannya itu menerusi laman Twitter, di mana ia mendapat perhatian dan nasihat daripada para peminat.

Sehubungan dengan itu, Janna memberitahu dia sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila masuk ke set penggambaran demi melindungi diri sendiri dan keluarga di rumah.

"Saya akan memasuki set drama "Melastik Ke Hatimu" untuk slot Lestary, TV3, minggu ini.

"Melihatkan angka jangkitan yang melonjak setiap hari, saya takut. Bukan apa, saya tinggal bersama keluarga. Jadi saya tidak mahu ibu dan adik-adik terkena jangkitan.

"Memang saya sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) disarankan kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak.

"Langkah itu boleh diambil di luar set penggambaran. Tetapi tidak mungkin kami akan memakai pelitup muka ketika sedang berlakon. Jadi itu yang merisaukan saya," katanya yang dipetik dari BH Online.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Janna telah menyambut ulang tahun kelahiran teman lelakinya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, dengan sebuah percutian ke pantai Mersing, Johor Bahru.

Selain itu, Janna turut tercalon dalam tiga kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular.

(Sumber foto: Janna Nick Instagram)

Cinema Online, 19 Okt 2020

Filem Berkaitan:
Kimchi Untuk Awak (Melayu) (30 Mac 2017)
Kerja Kahwin (Melayu) (20 Jul 2017)


Waktu Tayangan