Jassie Gill tak anggap rakan aktor sebagai pesaing | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Jassie Gill tak anggap rakan aktor sebagai pesaing

Penulis: Nisa Irina


Jassie Gill dan Kangana Ranaut jayakan watak pasangan suami isteri dalam "Panga".

24 Jan – Penyanyi dan aktor Jassie Gill memberitahu dia tidak pernah menganggap rakan-rakan aktornya sebagai pesaing apabila berlakon dalam filem yang sama.

Menurut Jassie, biarpun dikelilingi dengan aktres-aktres berbakat seperti Kangana Ranaut, Neena Gupta dan Richa Chadha dalam filem terbarunya "Panga", dia tidak gusar jika dirinya tidak menyerlah.

"Saya tidak bersaing dengan rakan-rakan aktor saya, saya hanya melakukan kerja saya sebaik mungkin. Saya dipilih untuk membintangi "Panga" sebelum filem Hindi pertama saya diriliskan. Jadi, saya anggap "Panga" sebagai filem debut Hindi saya.


"Sebagai aktor, tidak kira siapa yang berkongsi skrin dengan saya, saya hanya akan fokus terhadap apa yang saya perlu lakukan dalam sesebuah babak," ujarnya yang dipetik menerusi Times of India.

Menurut Jassie atau nama sebenarnya Jasdeep Singh Gill, sebagai persiapan dia banyak meluangkan masa bersama Kangana untuk meneliti skrip dan berlatih babak mereka sebelum memulakan penggambaran.

"Panga" akan menampilkan Jassie dan Kangana sebagai pasangan suami isteri Prashant Shrivastava dan Jaya Nigam bersama aktor cilik Yagya Bhasin sebagai anak mereka, Adi.

Diarahkan oleh Ashwiny Iyer Tiwari di bawah terbitan Fox Star Studios, filem "Panga" kini ditayangkan di pawagam.

(Sumber foto: Jassie Gill Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)

Cinema Online, 24 Jan 2020

Waktu Tayangan