Joe Flizzow terpaksa tunda nikah kerana COVID-19 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Joe Flizzow terpaksa tunda nikah kerana COVID-19

Penulis: Ashraf Nasser

Joe dan Marini sudah berkawan sejak 15 tahun lalu, namun hanya mula serius sejak tahun 2016.
Joe dan Marini sudah berkawan sejak 15 tahun lalu, namun hanya mula serius sejak tahun 2016.

6 Apr – Rapper terkenal tanah air Joe Flizzow terpaksa menunda pernikahan dengan tunangnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 di negara yang semakin serius.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak sepatutnya melangsungkan majlis akad nikahnya semalam dengan tunangnya iaitu Marini Ramlan.

"Pada mulanya kami hanya mahu menunda majlis resepsi dan meneruskan dengan majlis akad nikah. Namun, berikutan arahan PKP dan syarat dikenakan Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) untuk tatacara majlis pernikahan agak ketat, kami terpaksa membuat keputusan menundanya.

"Lagipun, Joe beritahu dia mahu majlis pernikahannya berlangsung dalam suasana meriah dan dihadiri insan yang cukup bermakna dalam hidupnya," ujar ibu Joe iaitu Aishah Ali yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Aishah berkata tarikh baru majlis pernikahan anaknya itu hanya akan ditentu berdasarkan kepada arahan terbaru kerajaan berhubung PKP.

Terdahulu, Joe dan Marini telah mengikat tali pertunangan mereka pada Disember lalu selepas lebih tiga tahun menjalin hubungan cinta.

(Sumber foto: Astro Awani)

Cinema Online, 06 Apr 2020

Filem Berkaitan:
Pekak (Malay) (01 Sep 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan