Josiah Hogan timang cahaya mata perempuan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Josiah Hogan timang cahaya mata perempuan

Penulis: Ashraf Nasser

Josiah Hogan bersyukur isterinya selamat melahirkan tanpa sebarang komplikasi.
Josiah Hogan bersyukur isterinya selamat melahirkan tanpa sebarang komplikasi.

13 Mei – Pelakon popular Josiah Hogan memberitahu isterinya baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka iaitu bayi perempuan pada awal pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

"Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan COVID-19. Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih berbanding bersalin sebelum ini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Terdahulu, pelakon "KL Vampires" ini telah memuat naik foto mendukung bayi yang baru lahir dengan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kepada isterinya supaya selamat bersalin.

Dalam pada itu, Josiah dan isterinya masih lagi belum mempunyai nama untuk diberikan kepada bayi baru mereka.

Kelahiran cahaya mata terbaru ini adalah anak perempuan ketiga Josiah daripada empat anaknya.

Josiah yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Nurul Hidayu pada 2013 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4.

Menerusi perkahwinan pertama, dia mempunyai seorang anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan, 14.

(Sumber foto: Josiah Hogan Instagram)

Cinema Online, 13 Mei 2020

Filem Berkaitan:
KL Vampires (Malay) (14 Nov 2019)
Wira (Malay) (21 Nov 2019)
KL Special Force (Malay) (08 Mar 2018)


Waktu Tayangan