Karan Johar ingin jemput Vicky Kaushal dan Katrina Kaif dalam Koffee With Karan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Karan Johar ingin jemput Vicky Kaushal dan Katrina Kaif dalam Koffee With Karan

Penulis: Nisa Irina

Karan Johar tertarik dengan spekulasi hubungan Vicky Kaushal dan Katrina Kaif.
Karan Johar tertarik dengan spekulasi hubungan Vicky Kaushal dan Katrina Kaif.

6 Jun – Pembikin filem terkenal Karan Johar bercadang untuk menjemput pasangan pelakon yang dikatakan bercinta iaitu Vicky Kaushal dan Katrina Kaif dalam program bual bicaranya Koffee With Karan.

Buat pengetahuan lanjut, program bual bicara yang menampilkan bintang-bintang Bollywood itu sudah pun dijayakan selama enam musim dan Karan, atau lebih dikenali sebagai KJo, akan kembali dengan musim ketujuh.

"Saya ingin menjemput Vicky dan Katrina! Banyak spekulasi yang belum terjawab tentang mereka. Malah, Ranveer dan Deepika juga belum pernah dijemput. Pasti seronok menerima kehadiran mereka.

"Ramai pasangan generasi muda yang hangat diperkatakan buat masa ini. Sidharth dan Kiara, banyak juga ura-ura yang timbul di sana sini. Mereka kelihatan sepadan bersama. Ini semua adalah pasangan yang secocok," ujar KJo yang dipetik dari Hindustan Times.

Difahamkan KJo telah mendedahkan berita itu ketika mengadakan sesi bual bicara bersama pereka fesyen dan aktres Anaita Shroff Adajania secara langsung menerusi Instagram Live baru-baru ini.

Terdahulu, spekulasi percintaan antara Vicky dan Katrina timbul apabila Vicky membuat pengakuan bahawa dia menyukai Katrina ketika kedua-duanya tampil untuk menyampaikan anugerah dalam sebuah acara berprestij.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Vicky enggan mengesahkan perkara itu apabila disoal jika dia benar-benar menjalin hubungan cinta bersama aktres filem "Bharat" tersebut.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Hello Magazine & GQ India)

Cinema Online, 06 Jun 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan