Kareena Kapoor dedah sebab dia tarik diri dari "Kaho Na... Pyaar Hai" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kareena Kapoor dedah sebab dia tarik diri dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Penulis: Nisa Irina

 Kareena Kapoor menganggap apa yang berlaku hanyalah takdir.
Kareena Kapoor menganggap apa yang berlaku hanyalah takdir.

3 Jul – Semua orang tahu bahawa bintang Bollywood terkenal Kareena Kapoor Khan membuat debut dalam industri perfileman menerusi filem "Refugee" arahan J. P. Dutta pada tahun 2000.

Walau bagaimanapun, para peminat perlu tahu bahawa filem Hrithik Roshan "Kaho Na... Pyaar Hai" sepatutnya menjadi filem debut Kareena sebelum dia membuat keputusan untuk menarik diri dan digantikan dengan Ameesha Patel.

"Sejujurnya, para ketika itu tiada siapa pun yang menjangkakannya, sama ada ibu bapa saya atau saya sendiri. Saya tak tahu jika sesiapa sedar akan kebaikan dan keburukannya.

"Saya hanya berpendapat bahawa ia adalah keputusan yang betul. Saya percayakan takdir, apa yang ditakdirkan untuk berlaku, akan berlaku juga.

"Sudah tentu selepas itu saya membintangi banyak filem bersama Hrithik. Kami ada empat atau lima buah filem bersama, dan saya "Refugee" adalah filem yang hebat.

"Saya berpeluang untuk membintangi filem yang tidak komersial. Saya merasakan ia adalah pilihan yang sesuai buat saya pada ketika itu," jelasnya yang dipetik dari Hindustan Times.

Namun lain pula sebab yang dinyatakan oleh pengarah "Kaho Na... Pyaar Hai", Rakesh Roshan, yang mendedahkan dia terpaksa mengeluarkan Kareena kerana timbul pelbagai isu rumit.

Difahamkan Kareena dan ibunya Babita telah membuat pelbagai permintaan yang tidak masuk akal seperti nama Kareena perlu mendapat kredit lebih tinggi berbanding Hrithik dalam filem tersebut.

Walau apapun, Kareena masih menjayakan filem debutnya dengan baik sehingga melayakkannya menjuarai Anugerah Pelakon Wanita Debut Terbaik Filmfare.

Dalam perkembangan lain, Kareena bakal kembali ke layar perak bersama Aamir Khan menerusi filem "Laal Singh Chaddha" yang dijangka tayang hujung tahun ini.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Pinkvilla)

Cinema Online, 03 Jul 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan