Kartik Aaryan atau Ranveer Singh yang akan terajui 'remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kartik Aaryan atau Ranveer Singh yang akan terajui 'remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Penulis: Nisa Irina

 Siapakah aktor yang lebih layak untuk terajui 'remake'
Siapakah aktor yang lebih layak untuk terajui 'remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

6 Jun – Penerbit Ashwin Varde dilaporkan kini mempunyai dua aktor terkenal dalam fikiran iaitu Kartik Aaryan dan Ranveer Singh untuk dipilih membintangi 'remake' versi Hindi filem Telugu pecah panggung "Ala Vaikunthapurramuloo".

Difahamkan sebelum Perintah Berkurung dilaksanakan di India, Ashwin telah pun mendapatkan kebenaran hak cipta filem yang dibintangi oleh Allu Arjun dan Pooja Hegde itu.

"Ranveer sangat sesuai untuk watak itu dan pembikin filem bercadang untuk memilih dia. Namun mereka juga bercadang untuk memilih Kartik Aaryan yang lebih muda.

"Kini Allu berusia 37 tahun, Ranveer berusia 34 tahun dan Kartik baru berusia 29 tahun. Jadi mungkin pilihan pembikin akan lebih berpihak kepada Ranveer, lebih-lebih lagi selepas dia menjayakan "Simmba".

"Walau bagaimanapun, kita masih tidak tahu apa perancangan yang akan datang," dedah satu sumber menerusi laporan Eastern Eye.

Buat pengetahuan lanjut, "Simmba" juga merupakan sebuah filem 'remake' kepada filem Telugu "Temper" yang dibintangi oleh N. T. Rama Rao Jr., Kajal Aggarwal dan Prakash Raj.

Tambah sumber itu lagi, Ashwin sedang berusaha untuk menjayakan 'remake' terbarunya sama seperti apa yang dia telah hasilkan dalam "Kabir Singh", iaitu 'remake' filem Telugu "Arjun Reddy".

Dalam perkembangan lain, Kartik akan kembali ke layar perak dengan dua filem sekuel iaitu "Bhool Bhulaiyaa 2" dan "Dostana 2", sementara Ranveer pula dengan "83", "Sooryavanshi" dan "Jayeshbhai Jordaar".

(Sumber: Eastern Eye)
(Sumber foto: Fashionisto & Elle India)

Cinema Online, 06 Jun 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan