Katrina Kaif dedah dua projek filem bajet besar terbarunya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Katrina Kaif dedah dua projek filem bajet besar terbarunya

Penulis: Nisa Irina

Katrina Kaif menjanjikan sesuatu yang menarik dengan projek filem terbarunya.
Katrina Kaif menjanjikan sesuatu yang menarik dengan projek filem terbarunya.

30 Mei – Kerinduan para peminat untuk melihat bintang terkenal Katrina Kaif beraksi di layar perak bakal terubat apabila mendedahkan dua projek filem berbajet besar yang bakal dibintanginya.

"Saya dapat rasa kami semua bergerak dalam hala tuju yang betul. Saya tahu terdapat beberapa perbincangan berlaku di sekeliling saya dan saya juga meletakkan harapan yang tinggi.

"Terdapat dua perbincangan yang berlaku buat masa ini dan akan diteruskan. Ia akan direalisasikan tidak lama lagi," dedahnya menerusi laporan dari News18.

Walau bagaimanapun, aktres filem "Bharat" itu tidak dapat mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai projek-projek berkenaan, termasuk siapa pembikin filem, memandangkan ia masih dalam fasa awal.

Difahamkan salah satu daripada projek itu merupakan sebuah filem yang mengetengahkan wanita sebagai peneraju utama.

Kali terakhir Katrina dilihat berlakon adalah menerusi filem "Angrezi Medium", di mana dia berkongsi skrin bersama bintang terkenal Irrfan Khan buat kali terakhir.

Dalam perkembangan lain, aktres itu kini sedang menantikan tayangan filem aksi polis Rohit Shetty "Sooryavanshi", di mana dia digandingkan bersama Akshay Kumar.

(Sumber: News18)
(Sumber foto: MelodyFuse)

Cinema Online, 30 Mei 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan