Keith Foo kembali dapat tawaran berlakon di Indonesia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Keith Foo kembali dapat tawaran berlakon di Indonesia

Penulis: Ashraf Nasser

Keith Foo kini sedang tunggu untuk kembali menyambung penggambaran drama terbarunya yang ditunda akibat PKP.
Keith Foo kini sedang tunggu untuk kembali menyambung penggambaran drama terbarunya
yang ditunda akibat PKP.

14 Sep – Selepas mengumumkan dirinya bakal kembali aktif dengan dunia lakonan, pelakon popular Keith Foo mengakui dirinya dihujani tawaran berlakon termasuklah tawaran dari produksi negara sebarang Indonesia.

Bagaimanapun perancangannya untuk kembali aktif berlakon terpaksa ditunda buat sementara waktu berikutan dunia dilanda pandemik COVID-19.

"Ada beberapa tawaran yang diterima termasuk daripada bekas pihak pengurusan. Cuma, semuanya masih belum dapat dipastikan lagi. Apatah lagi, kini kesukaran untuk ke Indonesia berikutan larangan merentas negara.

"Saya tak keberatan kembali ke Indonesia selepas keadaan stabil dan COVID-19 berlalu," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Keith sebelum ini mula menceburkan diri dalam dunia lakonan di Indonesia selama sedekad sebelum membuat kemunculan dalam industri tempatan pada tahun 2013 menerusi drama popular "Ariana Rose".

Dalam pada itu, pelakon "Girlfriend Kontrak" ini berkata jika sebelum ini dia sering menjayakan watak utama, tetapi dia tidak ralat untuk kembali bermula dari bawah malah dia tidak kisah samada watak utama atau pembantu kerana dia mahu mengembalikan kepercayaan penerbit dan stesen televisyen.

Sementara itu, Keith berkata dia kini sedang menunggu waktu untuk kembali menyambung penggambaran drama yang tertunggak akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu.

(Sumber foto: The Star)

Cinema Online, 14 Sept 2020

Filem Berkaitan:
Girlfriend Kontrak (Malay) (24 Sep 2015)
Pilot Cafe (Malay) (30 Apr 2015)


Waktu Tayangan