Keith Foo sertai SJAM, bantu edar PPE kepada hospital & klinik | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Keith Foo sertai SJAM, bantu edar PPE kepada hospital & klinik

Penulis: Ashraf Nasser

Keith Foo minta rakyat Malaysia terus berada di rumah supaya wabak COVID-19 dapat segera dihapuskan.
Keith Foo minta rakyat Malaysia terus berada di rumah supaya wabak COVID-19 dapat segera dihapuskan.

28 Apr – Pelakon popular Keith Foo enggan menghabiskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan duduk di rumah sahaja, sebaliknya dia menyumbang tenaga bersama pasukan St John Ambulance Malaysia (SJAM).

Keith yang sudah lebih dua tahun terlibat sebagai sukarela SJAM telah terlibat dengan persatuan itu sepanjang tempoh PKP dengan ditugaskan untuk menghantar pakaian perlindungan diri (PPE), alat sanitasi dan topeng muka kepada hospital dan klinik di sekitar Lembah Klang.

Menerusi laman sosial Instagram, pelakon "Pilot Café" ini turut dedahkan tidak dapat bertemu dengan anaknya iaitu Skylar Raymond Foo kerana berbakti kepada negara.

Dalam pada itu, menerusi laporan dari BH Online pula Keith berkata banyak projek lakonannya tergendala termasuklah penggambaran drama "Dia Bukan Bidadari".

Terdahulu pelakon berusia 37 tahun ini mendedahkan dia ada terlibat dengan penggambaran drama di sekitar Hulu Langat beberapa hari sebelum tempoh PKP dilaksanakan.

"Saya menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu bagi memastikan keselamatan ahli keluarga. Sejujurnya saya tidak tahu lokasi penggambaran di Hulu Langat antara dalam zon merah kerana belum kecoh lagi.

"Sebagai langkah keselamatan, kami mengambil inisiatif menjalani tempoh kuarantin sendiri. Walaupun sedih tidak dapat bertemu anak dalam tempoh PKP, tetapi keselamatan lebih utama."

(Sumber foto: Keith Foo Instagram)

Cinema Online, 28 Apr 2020

Filem Berkaitan:
Pilot Cafe (Malay) (30 Apr 2015)


Waktu Tayangan