Para peminat raikan hari ulang tahun kelahiran Ranveer Singh di media sosial | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Para peminat raikan hari ulang tahun kelahiran Ranveer Singh di media sosial

Penulis: Nisa Irina

 Selamat hari jadi Ranveer Singh!
Selamat hari jadi Ranveer Singh!

7 Jul – Nama Ranveer Singh tidak asing lagi dalam industri perfileman Bollywood, di mana di sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak dua dekad lalu menerusi filem debutnya "Band Baaja Baaraat".

Selain menjayakan pelbagai jenis watak dan genre filem seperti "Bajirao Mastani" dan "Simmba", suami kepada bintang terkenal Deepika Padukone ini juga terkenal sebagai ikon fesyen lelaki dan mempunyai personaliti yang menarik.

Kejayaannya disertakan dengan empat Anugerah Aktor Terbaik Filmfare bagi filem "Band Baaja Baaraat", "Bajirao Mastani", "Padmaavat" dan "Gully Boy", serta beberapa anugerah berprestij yang lain.

Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 pada hari ini (6 Julai), para peminat dilihat membanjiri media sosial dengan ucapan-ucapan istimewa dan mewujudkan #HappyBirthdayRanveerSingh yang 'trending' di Twitter.

Dalam pada itu, penantian para peminat bakal berakhir apabila Ranveer akan muncul dengan tiga buah filem baru yang akan ditayangkan pada tahun ini iaitu "83", "Sooryavanshi" dan "Jayeshbhai Jordaar".

Pada kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat hari jadi dan semoga sihat sejahtera kepada Ranveer Singh!

(Sumber: Twitter)
(Sumber foto: Grazia)

Cinema Online, 07 Jul 2020

Waktu Tayangan