Kerajaan benarkan penggambaran selepas Aidilfitri | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kerajaan benarkan penggambaran selepas Aidilfitri

Penulis: Ashraf Nasser

Keputusan terkini kerajaan membenarkan penggambaran diteruskan nyata melegakan penggiat seni.
Keputusan terkini kerajaan membenarkan penggambaran diteruskan nyata melegakan penggiat seni.

20 Mei - Berita gembira buat penggiat seni tanah air apabila pihak kerajaan akhirnya telah meluluskan kebenaran untuk mereka meneruskan aktiviti penggambaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah semalam ketika bersiaran secara langsung dalam program Harith Iskander di Facebook.

Bagaimanapun setiap pihak produksi yang ingin melakukan aktiviti penggambaran perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Antara yang menyambut baik keputusan itu adalah Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) iaitu Dr Ahmad Ibrahim yang berkata ia adalah hadiah Hari Raya paling bermakna buat mereka.

"Kami memang berharap untuk kembali bekerja sebelum Hari Raya. Tapi Alhamdulillah, selepas Aidilfitri pun kami bersyukur juga. Ini hadiah Hari Raya paling berharga buat karyawan filem.

"InsyaAllah FDAM akan memastikan SOP dipatuhi. Terima kasih menteri atas keprihatinan beliau," ujarnya yang dipetik dari Bernama.

Terdahulu, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, kesemua syarikat produksi, kru produksi dan penggiat seni hilang punca pendapatan apabila kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran dilakukan dalam tempoh PKP.

(Sumber foto: FINAS Facebook)

Cinema Online, 20 Mei 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, Click HERE
Waktu Tayangan