Kes saman Nur Fazura akan diketahui awal Mei ini | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kes saman Nur Fazura akan diketahui awal Mei ini

Penulis: Ashraf Nasser

Nur Fazura nafi terikat dengan kontrak dengan Maydan Trading.
Nur Fazura nafi terikat dengan kontrak dengan Maydan Trading.

7 Apr – Keputusan kes saman oleh pemilik syarikat Maydan Trading terhadap pelakon, pengacara dan penyanyi popular Nur Fazura telah ditunda kepada bulan depan iaitu pada 6 Mei susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerjaaan akibat penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan dari Bernama, penangguhan keputusan oleh Mahkamah Tinggi itu telah dimaklumkan oleh pegam Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.

Terdahulu, Maydan Trading menerusi pemiliknya iaitu Narhamdan Abd Malek telah memfailkan saman pada Disember 2017 dengan menamakan Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua akibat melanggar perjanjian kontrak.

Dalam tuntutan Narhamdan selaku plaintif, dia mendakwa pada Ogos 2017 terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music supaya Nur Fazura memasarkan produk 'Q-Tab' dalam tempoh enam bulan dengan mengambil gambar dan video bagi kegunaan plaintif untuk pemasaran.

Plaintif kemudian telah membayar sebanyak 156,000 kepada Universal Music mengikut syarat dipersetujui, bagaimanapun plaintif mendakwa pada akhir September 2017, Fazura telah melancar produk kesihatan dan kecantikan sendiri iaitu TRUDOLLY 'TruBeauty' dalam tempoh perjanjian itu.

Susulan pelancaran itu, pihak plaintif mendakwa dia mengalami kerugian selain penjualan produknya berkurangan, dan oleh itu di menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada kedua-dua defendan selain ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Dalam pada itu, Fazura dalam penyataan pembelaan pada Januari 2018 mendakwa dia tidak pernah mempunyai apa-apa perjanjian dengan pihak plaintif dan tidak terikat dengan kontrak.

Kes dikendalikan oleh Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril.

(Sumber foto: Nur Fazura Instagram)

Cinema Online, 07 Apr 2020

Filem Berkaitan:
PISAU CUKUR (Malay) (05 Nov 2009)
J Revolusi (Malay) (02 Mar 2017)
Ayat-Ayat Cinta 2 (Indonesian) (11 Jan 2018)


Waktu Tayangan