Kiara Advani kembali kongsi skrin dengan Mahesh Babu dalam "Sarkaru Vaari Paata" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kiara Advani kembali kongsi skrin dengan Mahesh Babu dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Penulis: Nisa Irina

Kiara Advani dan Mahesh Babu kembali bergandingan selepas dua tahun.
Kiara Advani dan Mahesh Babu kembali bergandingan selepas dua tahun.

6 Jun – Setelah dua tahun membuat debut dalam filem Telugu bersama Mahesh Babu dalam "Bharat Ane Nenu", kini aktres Kiara Advani bakal kembali berkongsi skrin dengan aktor itu sebuah filem baru.

Baru-baru ini, Mahesh telah mengumumkan filem arahan Parasuram yang diberi judul "Sarkaru Vaari Paata" itu menerusi laman Instagram berserta penampilan pertamanya menerusi poster 'teaser' filem tersebut.

"Kiara dan Mahesh merupakan pasangan pelakon yang hebat dalam menjayakan "Bharat Ane Nenu" dan para pembikin filem ini mahu mengembalikan magik itu. Selepas beberapa kali mengadakan perbincangan, mereka merasakan Kiara adalah aktres paling sesuai.

"Memandangkan filem-filem seperti "Kabir Singh" dan "Good Newwz" memberinya kredit, mereka berpendapat penglibatan Kiara akan memberi penampilan pan-India kepada filem ini, khasnya Hindi," dedah satu sumber yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Sehubungan dengan itu, skrip filem juga dikatakan sudah disiapkan dan sesi penggambaran dijangka bermula sebaik sahaja Perintah Berkurung tamat dan keadaan semakin terkawal.

"Kumpulan produksi sedang menyelidik beberapa cara untuk memulakan penggambaran dan ia akan bermula sebaik sahaja garis panduan telah tersedia," tambahnya lagi.

"Bharat Ane Nenu" merupakan sebuah filem aksi kekeluargaan yang berkisarkan tentang isu penipuan bank, yang mana Mahesh bakal tampil dengan penampilan istimewa ciptaan kumpulan produksi.

Dalam perkembangan lain, Kiara juga mempunyai filem-filem besar dalam tangan iaitu "Laxmmi Bomb", "Indoo Ki Jawani" dan "Shershaah" yang kini dalam proses pos-produksi, serta "Bhool Bhulaiyaa 2".

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Pinkvilla, The New Indian Express)

Cinema Online, 06 Jun 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan