Kuman Pictures lancar pertandingan filem pendek seram/thriller | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kuman Pictures lancar pertandingan filem pendek seram/thriller

Penulis: Florey DM

Bosan di rumah? Jom sertai pertandingan ini!
Bosan di rumah? Jom sertai pertandingan ini!

30 Mac – Berita gembira buat pembikin filem tempatan apabila syarikat produksi Kuman Pictures telah melancarkan pertandingan filem pendek.

Filem pendek bergenre seram atau thriller ini mesti dirakam di rumah sahaja.

Pertandingan akan berlangsung sehingga 15 April 2020.

Seorang pemenang akan dipilih. Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000 dan filem pendek yang menang akan dimuat naik di saluran YouTube Kuman Pictures.

Dengan berdurasi dari 1 hingga 10 minit, filem pendek ini boleh dihasilkan dalam apa sahaja Bahasa. Bagaimanapun, penyertaan hanya dibuka kepada orang tempatan Malaysia atau penduduk tetap sahaja.

Tidak perlu peralatan profesional, pelakon dan kru (hanya gunakan telefon pintar anda dan sesiapa yang ada di rumah), ini merupakan peluang terbaik buat pembikin filem amatur untuk menghasilkan filem pendek!

Muzik domain awam atau bebas royalti dibenarkan untuk digunakan dalam filem pendek. Filem pendek yang siap perlu dimuat naik di laman YouTube, Vimeo, Tiktok atau mana-mana akaun media sosial dengan hashtag #KumanPicturesChallenge. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Kuman Pictures.

Cinema Online, 30 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Roh (Malay) (Undated)
Two Sisters (Mandarin) (18 Apr 2019)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan