Lia Natalia dedah diekori individu tak dikenali | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Lia Natalia dedah diekori individu tak dikenali

Penulis: Ashraf Nasser

Lia Natalia bimbang dengan keselamatan dirinya berikutan dia sering pulang lewat dari lokasi penggambaran.
Lia Natalia bimbang dengan keselamatan dirinya berikutan dia sering pulang
lewat dari lokasi penggambaran.

7 Aug – Pelakon Lia Natalia mendedahkan dia berdepan detik cemas apabila menyedari dirinya diekori individu tidak dikenali sejak kebelakangan ini dan susulan itu dia telah membuat satu laporan polis bagi melindungi dirinya.

"Sejak kebelakangan ini saya perasan macam ada orang tahu saya tinggal di mana. Ditambah apabila sudah dua kali 'parcel' atau barang kiriman saya hilang di pondok pegawal. Satu barang yang dibeli sendiri dan satu lagi barang untuk buat ulasan.

"Setiap kali pulang rumah, seperti ada yang mengekori. Malah, pembantu peribadi (PA) yang tinggal bersama pun ada memaklumkan ada cubaan membuka pintu rumah saya secara perlahan-lahan selain ada orang selalu lalu-lalang depan rumah.

"Sebelum ini saya tinggal seorang diri dan baru saja ada PA. Tapi, ia tetap merisaukan saya sebab kadang pulang lewat malam dari lokasi penggambaran," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut Lia atau nama sebenanrya Alia Afiqah Abden, selain membuat laporan polis dia turut membuat laporan kepada pihak pengurusan tempat tinggal dan pengawal keselamatan.

Kini mereka sedang menjalankan siasatan lanjut dan pelakon "Busker" ini berharap ia dapat diselesaikan segera.

Dalam perkembangan lain, Lia baru sahaja muncul dengan filem seram komedi terbarunya berjudul "Syif Malam Raya" yang kembali ditayangkan di pawagam selepas sebelum ini ia ditayangkan di saluran berbayar Astro First terlebih dahulu.

(Sumber foto: Lia Natalia Instagram)

Cinema Online, 07 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Busker (Malay) (11 Jan 2018)
Syif Malam Raya (Malay) (30 Jul 2020)
Pinjamkan Hatiku (Malay) (30 Nov 2017)


Waktu Tayangan