Mamat Khalid tertarik untuk adaptasi francais "Kampung Pisang" ke komik | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Mamat Khalid tertarik untuk adaptasi francais "Kampung Pisang" ke komik

Penulis: Ashraf Nasser

Mamat Khalid bersama barisan pelakon utama
Mamat Khalid bersama barisan pelakon utama "Kampong Pisang Bersiri-siri"

26 Nov – Pengarah filem tersohor tanah air Mamat Khalid memberitahu dia tertarik untuk mengadaptasi francais "Kampung Pisang" ke komik sekiranya mendapat tawaran daripada pihak artis dan syarikat penerbitan.

Menurut Mamat, beberapa artis komik sebelum ini pernah bertemu dengannya membentangkan cadangan itu tetapi dia terpaksa menolak secara baik.

"Saya tertarik apabila ada beberapa artis komik datang berjumpa dengan saya dan 'propose' kepada saya untuk hasilkan komik dari francais "Kampung Pisang". Saya akui memang tertarik dengan komik yang mereka buat, tetapi saya terpaksa tolak kerana tiada perancangan rapi untuk hasilkan komik ini.

"Sekiranya artis komik ini dapat 'secure' pihak penerbitan sudah pasti saya akan pertimbangkan kerana saya sememangnya berhasrat untuk lebarkan lagi francais "Kampung Pisang" kepada banyak cabang," ujarnya ketika sidang media "Kampong Pisang Bersiri-siri" yang berlangsung secara virtual semalam.

Tambahnya lagi, banyak kemungkinan positif yang akan berlaku sekiranya komik "Kampung Pisang" dihasilkan termasuk ia boleh diangkat ke animasi pula selepas ini.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai naskhah terbarunya untuk Astro Originals iaitu "Kampong Pisang Bersiri-siri", Mamat berkata dia menghimpunkan watak-watak popular dari filem francais "Kampung Pisang" untuk dimasukkan dalam siri ini yang mempunyai 12 siri.



Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 ini bagaimanapun berkata 12 siri itu bukanlah bersambung, sebaliknya setiap episod menampilkan jalan cerita yang berbeza yang mana menampilkan cerita-cerita rakyat.

"Penonton akan disajikan dengan jalan cerita, elemen komedi, hantu dan cameo yang berbeza di setiap episod. Manakala, barisan pelakon bukan sahaja dalam kalangan pelakon tetapi turut membintangi adalah barisan pengarah hebat tanah air seperti Mat London, Nasir Jani, Aziz M. Osman, Ellie Suriaty, Pekin Ibrahim serta kartunis Imuda dan pelukis komik Ujang, Soya."

Tambah Mamat lagi, walaupun ia adalah drama bersiri namun dia mengekalkan kualiti dan 'end result' setanding filem.

Naskhah sulung Astro Originals "Kampong Pisang Berisir-siri" ini bakal menemui penonton bermula 7 Disember ini, setiap hari Isnin jam 9.00 malam di Astro Citra.

Selain dibintangi oleh barisan pengarah tersohor tanah air, ia turut akan dibarisi barisan pelakon popular seperti Kazar Saisi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, dan Shuk Sahar.

Cinema Online, 26 Nov 2020

Filem Berkaitan:
Hantu Kak Limah (Melayu) (09 Ogos 2018)
Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit (Melayu) (07 Feb 2013)
Zombi Kilang Biskut (Melayu) (20 Mac 2014)
Hantu Kak Limah Balik Rumah (Melayu) (09 Dis 2010)
ZOMBI KAMPUNG PISANG (Melayu) (19 Apr 2007)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan