"Manap Karaoke" tidak akan ditayangkan di layar perak | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Manap Karaoke" tidak akan ditayangkan di layar perak

Penulis: Ashraf Nasser

Filem yang dinanti-nantikan peminat Mamat Khalid akan ditayangkan di Astro First.
Filem yang dinanti-nantikan peminat Mamat Khalid akan ditayangkan di Astro First.

22 Apr – Selepas muncul dengan filem muzikal "Rock 4: Rockers Never Dai", pengarah filem tersohor tanah air Mamat Khalid bakal kembali dengan filem muzikal terbarunya berjudul "Manap Karaoke" yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Bagaimanapun filem itu yang sepatutnya ditayangkan di layar perak pada Ogos ini dipercepatkan, dan ia tidak akan ditayangkan di layar perak, sebaliknya akan ditayangkan di Astro First pada 7 Mei ini.

"Manap Karaoke" diterujui oleh Pekin Ibrahim, Mona Allen, Ropie dan Joey Daud.

Perkara itu didedahkan oleh isteri pengarah tersebut iaitu Hasmah Hassan yang turut mendedahkan suaminya juga bakal kembali duduk di bangku pengarah untuk menggarap drama 12 episod berjudul "Kampung Pisang".

"Ia baru diperingkat pra-produksi dan kini tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepatutnya setiap kali puasa kami akan hasilkan drama "18 Ramadan" untuk Astro First. Ia ada kesinambungan siri terdahulu tetapi kali ini kami tak sempat buat penggambaran.

"Justeri, mereka tawarkan kami untuk tayangkan filem arahan abang Mamat iaitu "Manap Karaoke". Diharapkan sekurang-kurangnya peminat terhibur dengan buah tangan abang Mamat untuk tontonan Ramadan dan Syawal nanti," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Bercerita lanjut mengenai kesihatan Mamat, Hasmah berkata suaminya kini sudah sihat dan tidak lagi menggunakan kerusi roda selepas keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) awal Januari lalu.

(Sumber foto: Gincu Gula)

Cinema Online, 22 Apr 2020

Filem Berkaitan:
Rock 4: Rockers Never Dai (Malay) (20 Feb 2020)
Lebuhraya Ke Neraka (Malay) (04 May 2017)
ZOMBI KAMPUNG PISANG (Malay) (19 Apr 2007)


Waktu Tayangan