Buletin
Manushi Chhillar anggap filem debut "Prithviraj" sebagai proses pembelajaran


Tarikh disiarkan: 29 Januari 2020

Uyaina Arshad galas watak wanita cacat dalam drama "Jujurlah Nikahi Aku".
Manushi Chhillar dedah sedikit 'teaser' bagi wataknya dalam "Prithviraj".

29 Jan – Ratu cantik Miss World 2017 Manushi Chhillar mengakui penglibatannya dalam filem sulung "Prithviraj" mendedahkannya kepada pelbagai perkara baru yang dianggap sebagai proses pembelajaran.

"Saya sedang menikmati proses pembelajaran ini kerana perjalanan saya masih jauh dan banyak lagi yang saya perlu hadamkan. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjadi aktres dan ia sangat memuaskan.

"Ianya penting bagi saya untuk bekerja keras dalam filem ini kerana Yash Raj Films meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya dan memilih saya untuk terlibat dengan filem terbesar mereka tahun ini.


"Saya ingin buktikan kepada diri sendiri yang saya mampu menjayakan peluang ini dengan baik," ujarnya yang dipetik dari Hindustan Times.

Menurut laporan, filem sejarah itu berkisarkan tentang kehidupan Raja Prithviraj Chauhan, yang mana wataknya akan digalas oleh bintang terkenal Akshay Kumar.

Dalam pada itu, Manushi turut berkongsikan sedikit 'teaser' penampilan wataknya dalam filem tersebut, iaitu sebagai isteri kepada Raja Prithviraj, Sanyogita.

Diarahkan oleh Dr. Chandraprakash Dwivedi, sesi penggambaran "Prithviraj" telah pun bermula baru-baru ini dan dijangka untuk ditayangkan pada Diwali 2020.

(Sumber foto: Manushi Chhillar Instagram)
(Sumber artikel: Hindustan Times)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide