Menteri KKMM mohon maaf berhubung isu lesen FINAS | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Menteri KKMM mohon maaf berhubung isu lesen FINAS

Penulis: Ashraf Nasser

Saifuddin Abdullah tegaskan kerajaan tetap dengan pendirian prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di media sosial.
Saifuddin Abdullah tegaskan kerajaan tetap dengan pendirian prinsip kebebasan media
dan hak kebebasan individu di media sosial.

10 Ogos – Selepas mencetuskan kontroversi dan kemarahan penggiat seni dan orang ramai menerusi kenyataan setiap penerbit yang ingin terbit filem tidak kira sesiapa pun termasuk individu di media sosial perlu mohon lesen penerbitan filem dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah akhirnya telah tampil membuat permohonan maaf.

"Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 23 Julai lalu, saya jawab lurus sangat. Rupanya orang politik tidak boleh lurus (ketika jawab soalan), bila lurus kena pelangkung (hentam).

"Selepas saya jawab isu itu, saya berbincang di cabinet sebelum Jemaah menteri membuat keputusan masyarakat boleh terus menggunakan YouTube, TikTok tanpa perlu mohon lesen.

"Jangan risau, tidak akan kena apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya," ujarnya yang yang dipetik dari Harian Metro.

Saifuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata pihak kerajaan tetap dengan pendirian untuk terus mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

(Sumber foto: Malaysian Press Institute)

Cinema Online, 10 Ogos 2020

Waktu Tayangan