Miera Leyana mahu undur dari dunia lakonan? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Miera Leyana mahu undur dari dunia lakonan?

Penulis: Ashraf Nasser

 Miera Leyana mahu bergelar penerbit dalam tempoh setahun dua lagi.
Miera Leyana mahu bergelar penerbit dalam tempoh setahun dua lagi.
16 Jul - Setelah sekian lama kelibat pelakon Miera Leyana tidak kelihatan di layar perak mahu pun di kaca televisyen, pelakon itu tampil meluahkan hasratnya mahu mengundurkan diri dari dunia lakonan secara perlahan-lahan.

Menurut Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi, walaupun dia tidak mahu berlakon lagi namun dia tidak akan tinggalkan dunia seni.

"Saya bercita-cita mahu bergelar penerbti. Bagaimanapun, bukan dalam tempoh terdekat tetapi hasrat ini mungkin akan terlaksanan dalam tempoh setahun atau dua lagi," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Miera berkata sepanjang tempoh dia menyepikan diri dari dunia lakonan dia masih lagi menerima banyak tawaran berlakon namun dia terpaksa menolak secara baik kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarganya.

"Kali terakhir saya berlakon menerusi teater muzikal "Hantu Kak Limah" yang dipentaskan di Movie Animation Park Studio (MAPS), Ipoh tahun lalu. Saya terima banyak tawaran lakonan, tetapi sebelum itu saya akan lihat pengarah, barisan pelakon dan sekrip terlebih dahulu.

"Saya berlakon pada usia muda. Pada usia 15 tahun saya sudah bergelar pelakon. Jadi saya berlakon bukan mengejar populariti, tetapi kerana minat."

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perihal peribadinya, pelakon berusia 27 tahun itu mengakui kini sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka tetapi enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu buat masa ini.

(Sumber foto: Miera Leyana Instagram) Cinema Online, 16 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Lebuhraya Ke Neraka (Malay) (04 May 2017)
Kastil Tua (Indonesian) (21 Jan 2016)
Dendam Orang Mati (Malay) (23 Oct 2014)


Waktu Tayangan