"Miimaland" kini ditayangkan di Astro First! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Miimaland" kini ditayangkan di Astro First!

Penulis: Nisa Irina

"Miimaland" kini menghantui anda di Astro First!
"Miimaland" kini menghantui anda di Astro First!

21 Nov – Bagi peminat pelakon popular Fattah Amin yang tidak sempat menonton filem seram pertamanya, "Miimaland" di pawagam, jangan risau kerana kini filem itu boleh ditonton melalui Astro First (saluran 480).

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh pengarah Nevin Hiong menerusi laman Facebook miliknya pada Selasa.

Terdahulu, Nevin memberitahu pengalamannya sebagai pengarah fotografi yang sering terbabit dengan projek penggambaran yang diadakan di taman tema Mimaland merupakan faktor utama dia tertarik untuk menghasilkan filem tersebut.

Buat makluman lanjut, "Miimaland" merupakan filem kedua arahan Nevin selepas filem aksi komedi "Kampung Drift" (2016).

"Miimaland" mengisahkan Ariel, yang ingin menyiasat misteri taman tema terkenal pada tahun 1990-an, Mimaland, selepas berlaku kes kehilangan kanak-kanak di sana.

Selain Fattah, filem itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Sophie Koshka, Camelia Natasya, Zalif Sidek, Farah Ahmad, Esdher Wang dan Hazzy Alzeeq.

Beralih ke perkembangan lain, Nevin bakal menerbitkan sebuah filem berjudul "Kulit Wayang" yang akan diarahkan oleh Dain Said, di mana produksinya dijangka mula pada akhir tahun ini.

Dalam pada itu, antara filem-filem lain yang boleh ditonton di Astro First ialah "Butak", "Kelaster", "Jebat", "Bikin Filem", "Mael Totey The Movie", "Athigaari" dan "Mulut Masin".

(Sumber foto: Nevin Hiong Facebook)

Cinema Online, 20 Nov 2020

Filem Berkaitan:
Miimaland (Melayu) (24 Sept 2020)


Waktu Tayangan