Mrunal Thakur akui sukar imbangkan watak dalam "Jersey" dan "Toofan" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Mrunal Thakur akui sukar imbangkan watak dalam "Jersey" dan "Toofan"

Penulis: Nisa Irina

Mrunal Thakur gembira dapat berkongsi skrin dengan Shahid Kapoor.
Mrunal Thakur gembira dapat berkongsi skrin dengan Shahid Kapoor.

4 Apr – Sedia maklum bahawa aktres Mrunal Thakur akan membintangi filem sukan "Jersey" bersama aktor Shahid Kapoor dan filem itu dijangka siap pada tahun ini.

Menurut Mrunal, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Shahid, malah berasa selesa dengan layanan diberikan oleh aktor itu.

"Pada awalnya saya sangat gementar kerana saya perlu mengambil masa untuk menghayati watak ketika produksi bermula. Agak sukar juga dan saya rasa ia boleh dilihat menerusi ekspresi muka saya pada ketika itu.

"Namun Shahid membuatkan saya berasa selesa. Dia turut memberitahu yang dia juga sedang mengalami masalah sama. Dia sangat baik hati dan berbakat. Saya gembira dapat berkongsi skrin dengannya," ujarnya yang dipetik dari Filmfare.

Dalam pada itu, Mrunal juga akan tampil dengan sebuah lagi filem sukan iaitu "Toofan" arahan Rakeysh Omprakash Mehra. Kali ini dia digandingkan bersama aktor Farhan Akhtar yang membawa watak peninju.

"Sejujurnya saya merasakan cabaran apabila perlu mengimbangkan kedua-dua filem ini kerana kedua-dua watak yang saya bawakan sangat berbeza. Sukar untuk melakukan satu benda dengan cara berbeza," tambahnya lagi.

"Jersey" dan "Toofan" dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

(Sumber: Filmfare)
(Sumber foto: Spidey Post)

Cinema Online, 04 Apr 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan