MySC mohon kerajaan bantu pekerja filem | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

MySC mohon kerajaan bantu pekerja filem

Penulis: Ashraf Nasser


Raja Mukhriz harap KKMM dapat berikan bantuan dengan segera kepada pekerja filem.

27 Mac – Tidak dapat dinafikan industri seni tanah air sememangnya antara yang paling terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 yang mana ia telah menyebabkan banyak penggambaran filem dan tayangan filem terpaksa ditunda untuk satu tempoh yang lama selepas kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan arahan PKP itu, ramai pekerja-pekerja filem yang hilang punca pendapat dan perkara ini telah mendapat perhatian Malaysia Society of Cinematographer (MySC) yang telah mengusulkan beberapan cadangan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi membantu mengurangkan beban pekerja filem.

"Ada beberapa cadangan daripada MySC untuk KKMM bagi merencanakan pelan ransangan ini secepat mungkin. Antaranya ialah Dana Kandungan Digital atau DKD. Saya sendiri berada di dalam DKD ini sebagai penyelia untuk beberapa filem.

"Seperti yang semua sedia maklum, tujuannya adalah utnuk menjana pekerjaan kepada pekerja filem. Dalam krisis yang sedang berlaku, bolehlah dipertimbangkan dana ini untuk sebahagian daripadanya diagihkan kepada pekerja filem," ujarnya Timbalan Presiden MySC iaitu Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin kepada Harian Metro.

Selain itu, pengarah filem "Ophilia" ini juga mengusulkan cadangan supaya piha RTM memajak filem daripada penerbit-penerbit tempatan supaya hasil daripada pajakan itu penerbit dapat agihkan kepada pekerja-pekerja yang terbabit dalam filem itu.

Tambahnya lagi, walaupun jumlah itu mungkin sedikit tetapi sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Dalam pada itu, antara cadangan lain yang boleh dipertimbang adalah kerajaan negeri boleh menggunakan cukai hiburan untuk diagihkan.

Sementara itu, susulan lanjutan PKP yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin daripada 31 Mac kepada 14 April, Raja Mukhriz berharap pihak KKMM akan segera merencanakan bantuan kepada pekerja-pekerja filem.

(Sumber foto: Buletin Malaysia)

Cinema Online, 27 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Ophilia (Malay) (18 Dec 2014)
7ujuh (Malay) (08 Nov 2018)
Jejak Warriors (Malay) (27 Aug 2015)


Waktu Tayangan