Nabila Huda persoal SOP penggambaran ketika PKPB | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nabila Huda persoal SOP penggambaran ketika PKPB

Penulis: Ashraf Nasser

 Nabila Huda berkata SOP ketat untuk aktiviti penggambaran tidak logik.
Nabila Huda berkata SOP ketat untuk aktiviti penggambaran tidak logik.

22 Mei – Di sebalik kegembiraan penggiat seni tempatan dapat kembali meneruskan aktiviti penggambaran selepas Aidilfitri, namun pelakon terkenal Nabila Huda pula tidak bersetuju penggambaran dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, dia juga antara pelakon yang tidak sabar mahu kembali beraksi di hadapan kamera, tetapi mempersoal SOP ketat yang disifatkan sebagai tidak logik dan banyak perkara yang perlu diambil kira.

"Kalaulah kita dibenarkan untuk kembali 'shooting' mengikut SOP, macam mana nak berlakon dengan cara normal baharu? Tak logic. Bukan tak setuju, faham, semua sudah kalut nak bekerja. Saya pun dalam posisi sama. Saya rindu nak masuk set.

"Sebagai contoh, penggambaran 'outdoor' untuk babak yang membabitkan orang ramai, gaduh macam mana nak buat babak gaduh tapi penjarakan sosial? Semua kru pakai pelitup muka ketika penggambaran, tapi bagaimana dengan kami? Pelakon? Masa sedang berlakon kena pakai pelitup muka?," soalnya yang dipetik dari Harian Metro.

Soal pelakon "Munafik" itu lagi, adakah syarikat produksi akan bertanggungjawab menanggung kos perubatan sekiranya mereka dijangkiti ketika penggambaran dan kemudian secara tidak sengaja menyebarkan jangkitan kepada keluarga.

Nabila turut membangkitkan beberapa persoalan lain yang sekiranya difikirkan semula ada betulnya juga dan tidak berbaloi untuk memperjudikan nyawa semata-mata berlakon kerana wang, sebaliknya banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk mendapatkan wang seperti berniaga dalam talian.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah membenarkan aktiviti penggambaran kembali beroperasi selepas Aidilfitri nyata menggembirakan penggiat seni yang sedia mengikut SOP ketat yang telah ditetapkan.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Cinema Online, 22 Mei 2020

Filem Berkaitan:
Munafik (Melayu) (25 Feb 2016)
Rempit Sampai Langit (Melayu) (23 Nov 2017)
Tombiruo: Penunggu Rimba (Melayu) (12 Okt 2017)


Waktu Tayangan