Nadia Brian terpaksa tunda penggambaran kerana cedera | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nadia Brian terpaksa tunda penggambaran kerana cedera

Penulis: Ashraf Nasser

Nadia Brian akan lebih berhati-hati selepas ini.
Nadia Brian akan lebih berhati-hati selepas ini.

10 Jul – Pelakon popular Nadia Brian tidak dapat meneruskan penggambaran drama bersiri terbarunya berjudul "Rudy Vs Jolie" berikutan mengalami kecederaan kaki ketika bermain badminton dengan kru produksi.

Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian, insiden itu berlaku ketika dia sedang melompat untuk melakukan pukulan sebelum kakinya terpelecok.

"Kaki mula membengkak dan terasa sakit. Doktor memaklumkan berlaku sedikit kecederaan di tisu lembut bahagian kaki saya.

"Sakitnya tak dapat saya gambarkan hingga terpaksa disuntik dengan ubat tahan sakit," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Susulan itu, pelakon "Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda" itu telah diberikan cuti rehat lima hari sebelum boleh kembali beraksi di hadapan kamera.

Dalam pada itu, Nadia turut berterima kasih kepada pengarah dan penerbit yang memahami serta sanggup menyusun semula jadual penggambaran untuk babaknya.

Sementara itu, Nadia berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati supaya tidak lagi berdepan situasi seperti ini kerana ia akan menjejaskan jadual penggambaran.

(Sumber foto: Nadia Brian Instagram)

Cinema Online, 10 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Ratu Kala Jengking (Malay) (27 Feb 2020)


Waktu Tayangan