Neelofa dilantik sebagai duta Lancome pertama di Asia Tenggara | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Neelofa dilantik sebagai duta Lancome pertama di Asia Tenggara

Penulis: Nisa Irina

Neelofa anggap kerjasama dengan Lancome sebagai satu jihad kecil buat dirinya.
Neelofa anggap kerjasama dengan Lancome sebagai satu jihad kecil buat dirinya.

10 Ogos – Pelakon dan pengacara popular Neelofa sekali lagi melakar sejarah sendiri apabila dilantik sebagai duta jenama produk kecantikan antarabangsa, Lancome, yang pertama di Asia Tenggara baru-baru ini.

Menurut pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohammad Noor itu, sudah menjadi impiannya untuk berkolaborasi dengan jenama yang sekian lama menyokong kerjayanya.

Lebih membanggakan lagi, pemilik jenama tudung Naelofar Hijab itu turut menjadi wanita berhijab pertama yang diangkat sebagai duta jenama produk kecantikan tersebut.

"Lancome banyak menyokong kerjaya saya sejak 2017. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita, dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna.

"Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.

"Mewakili wanita muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya. Diharapkan jalinan ini dapat mendapat keberkatan daripada-Nya," katanya yang dipetik dari Utusan Online.

Sehubungan dengan itu, pelakon filem "Pilot Café" itu turut berkongsikan sebuah video promosi eksklusif Lancome menampilkan dirinya menerusi laman Twitter dan Instagram.

Perkongsian Neelofa di media sosial telah meraih perhatian ramai peminat serta rakan-rakan selebriti seperti Dynas Mokhtar, Elfira Loy, Alif Satar, Siti Saleha dan ramai lagi, yang rata-ratanya berbangga dengan pencapaian selebriti tersebut.

(Sumber foto: Neelofa Twitter)

Cinema Online, 10 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Pilot Cafe (Malay) (30 Apr 2015)
Dollah Superstar (Malay) (02 Oct 2014)
Lemak Kampung Santan (Malay) (08 Aug 2013)


Waktu Tayangan