Priyanka Chopra buat penampilan cameo dalam video muzik Nick Jonas | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Priyanka Chopra buat penampilan cameo dalam video muzik Nick Jonas

Penulis: Nisa Irina

Para peminat teruja melihat keserasian Priyanka dan Nick dalam video muzik mereka..
Para peminat teruja melihat keserasian Priyanka dan Nick dalam video muzik mereka..

22 Mei – Bintang terkenal Priyanka Chopra Jonas membuat kejutan kepada para peminat apabila muncul sebagai cameo dalam video muzik terbaru suaminya yang juga selebriti Hollywood Nick Jonas.

Lagu yang diberi judul "Until We Meet Again" itu ditulis khas oleh Nick untuk dipersembahkan di program realiti nyanyian "The Voice", di mana Nick turut bertindak sebagai salah seorang jurulatih muzik.

Seperti yang dilaporkan menerusi Hindustan Times, melihat pada saat lagu itu berakhir, ternyata Priyanka adalah individu di sebalik tabir yang merakamkan video muzik itu di sekitar kawasan kediaman mereka di Los Angeles.

Tambahan lagi, lagu itu ditujukan khas buat para barisan hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19. Para peminat pula tidak dapat menolak tepi perasaan teruja melihat keserasian pasangan itu diakhir lagu.


Baru-baru ini juga, Priyanka dilihat aktif di media sosial untuk memberi sokongan kepada Nick dan kumpulannya ketika program realiti nyanyian itu berlangsung.

Ini merupakan kali ketiga Priyanka tampil dalam video muzik suaminya selepas lagu "What A Man Gotta Do" nyanyian Jonas Brothers dan "Close" versi majalah Vogue.

Dalam perkembangan lain, Priyanka akan kembali berlakon dengan beberapa filem Hollywood terbaru iaitu "We Can Be Heroes", "The Matrix 4" dan "The White Tiger".

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: NP Legacy Twitter

Cinema Online, 22 Mei 2020

Waktu Tayangan