Buletin
Nishant Dahiya galas watak atlet kriket Anglo-India dalam "'83"


Tarikh disiarkan: 18 Januari 2020

Nishant Dahiya akan beraksi sebagai Roger Binny.
Nishant Dahiya akan beraksi sebagai Roger Binny.

18 Jan – Pembikin filem Kabir Khan memperkenalkan seorang lagi aktor, Nishant Dahiya untuk menjayakan watak salah seorang ahli pasukan kriket India Roger Binny menerusi filem sukan "'83".

Sehubungan dengan itu, seperti yang dilaporkan oleh Times of India, Kabir telah berkongsikan sebuah poster yang menampilkan Nishant berpakaian lengkap persis Roger Binny menerusi media sosial.

Buat pengetahuan lanjut, Roger Binny dikenali dengan kebolehannya sebagai pemukul wiket terhebat dalam pasukan yang berjaya menjuarai Piala Dunia Kriket pada tahun 1983 itu.

Beliau berjaya menamatkan Piala Dunia 1983 itu dengan 18 wiket, sekaligus mencatat rekod tertinggi dalam sejarah kejohanan kriket.


Sebelum ini, Kabir mendedahkan bahawa Ranveer Singh dan Deepika Padukone akan menggalas watak pasangan Kapten Kapil Dev dan isterinya Romi.

Selain itu, filem "'83" akan menggabungkan beberapa aktor lain seperti Tahir Raj Bhasin, Chirag Patil, Jiiva, Jatin Sarna dan bintang televisyen Dinker Sharma yang akan membawa watak atlet-atlet yang berada dalam pasukan tersebut.

"'83" akan menemui penonton di pawagam pada 10 April 2020.

(Sumber foto: Filmi Kafe)
(Sumber artikel: Times of India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide