Nonny Nadirah ingin jadikan lakonan sebagai kerja sambilan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nonny Nadirah ingin jadikan lakonan sebagai kerja sambilan

Penulis: Nisa Irina

Nonny sedang membuat persiapan perkahwinannya dengan Niezam Zaidi.
Nonny sedang membuat persiapan perkahwinannya dengan Niezam Zaidi.

23 Sep – Penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah menepis spekulasi yang mengatakan dia membuat keputusan untuk undur diri dari dunia seni dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Pemilik nama asal Nonny Nadirah Zainuddin itu menjelaskan dia kini sedang mempertimbangkan hasrat untuk menjadikan lakonan sebagai pekerjaan sambilan memandangkan dia masih dihujani tawaran berlakon.

"Tak mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini adalah periuk nasi saya selama ini. Bagaimanapun, saya berkemungkinan memperlahankan rentak dan menjadikan bidang lakonan sebagai kerja sambilan.

"Sebenarnya, ia adalah atas permintaan ibu yang pernah meluahkan hasrat supaya saya mencuba bidang lain. Tetapi ia tak bermakna ibu minta saya bersara, sebaliknya dia hanya prihatin dan mahu saya memperbaiki diri sebagai bekalan akhirat.

"Namun, semakin banyak pula tawaran lakonan yang diterima setiap kali terbit perasaan mahu memperlahankan kerjaya seni," kata bekas bintang Akademi Fantasia itu menerusi laporan BH Online.

Seperti selebriti lain, bidang perniagaan turut menjadi pilihan Nonny, yang sedang mengusahakan produk kecantikan dan kesihatan, untuk mencari sumber pendapatan.

Selain itu, Nonny yang kali terakhir dilihat berlakon menerusi filem Aziz M. Osman, "XX Ray 3", memberitahu dia mungkin akan memperlahankan kerjaya seni selepas mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Nonny dan pelakon Niezam Zaidi mendedahkan perancangan mereka untuk berkahwin. Walau bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh susulan situasi pandemik COVID-19.

Cinema Online, 23 Sept 2020

Filem Berkaitan:
XX-Ray 3 (Melayu) (24 Jan 2019)
Malay Regiment (Melayu) (31 Ogos 2017)


Waktu Tayangan