Penerbit cari pelakon untuk filem "Ceroboh" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Penerbit cari pelakon untuk filem "Ceroboh"

Penulis: Ashraf Nasser

Kuman Pictures terus aktif membikin filem sejak aktiviti penggambaran dibenarkan bersambung semula.
Kuman Pictures terus aktif membikin filem sejak aktiviti penggambaran dibenarkan bersambung semula.

26 Ogos – Berita baik buat anda yang sedang mencari peluang untuk beraksi di hadapan kamera! Syarikat produksi Kuman Pictures kini sedang mencari pelakon-pelakon untuk membintangi filem terbaru mereka berjudul "Ceroboh".

Uji bakat filem arahan Feisal Azizuddin ini bagaimanapun hanya untuk satu watak sahaja iaitu watak utama wanita. Aisyah.

"Uji bakat #filemCEROBOH. Jika anda rasa anda sesuai untuk watak Aisyah, sila emel CV & video monolog anda kepada Kuman Pictures selewat-lewatnya 10 September."

Sedikit penerangan mengenai watak Aisyah turut dikongsi oleh Kuman Pictures iaitu Aisyah seorang wanita berusia 25 tahun, lulusan jurusan bisnes. Berdikari dan berterus-terang, tetapi mempunyai trauma dan terganggu setelah bertembung dengan makhluk asing.

Jadi sekiranya anda rasa watak itu sesuai dengan anda, hantar video uji bakat anda ke kumanpictures@gmail.com dan jika anda terpilih, anda akan dipanggil untuk sesi uji bakat seterusnya.

"Ceroboh" tulis Chong Keng Fatt ini adalah sebuah naskhah bergenre thriller yang memaparkan makhluk asing, paranoia dan pencerobohan minda.

(Sumber foto: Kuman Pictures Facebook)

Cinema Online, 26 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Roh (Melayu) (06 Ogos 2020) [Trailers]



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan