Pierre Andre belum sedia kembali warnai dunia seni | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Pierre Andre belum sedia kembali warnai dunia seni

Penulis: Ashraf Nasser

Bila agaknya Pierre Andre akan kembali aktif? Kita tunggu dan lihat.
Bila agaknya Pierre Andre akan kembali aktif? Kita tunggu dan lihat.

4 Jun – Sejak beberapa tahun kebelakangan ini nama pengarah dan pelakon Pierre Andre sudah tidak lagi kedengaran dan kelibatnya juga sudah tidak lagi menghiasi layar perak serta televisyen kerana dikatakan berasa kecewa.

Perkara itu didedahkan oleh ibu kepada Pierre yang juga merupakan pelakon veteran Khatijah Tan yang yakin anak sulungnya itu kecewa dengan industri walaupun tidak pernah dedahkan punca sebenar.

Menurut Khatijah, walaupun sudah lama tidak terlibat dengan dunia seni namun Pierre masih lagi menerima banyak tawaran mengarah, berlakon dan menulis skrip tetapi semuanya ditolak kerana hatinya masih belum terbuka untuk kembali aktif.

"Pierre selesa dengan kehidupan bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun. Mereka masih menetap di Kuala Lumpur dan Pierre sibuk menguruskan perniagaan atas talian.

"Saya pernah bertanya apakah dia merajuk dengan industri seni. Namun, Pierre menafikannya. Pierre cukup misteri. Dia sukakan kehidupan sekarang yang lebih 'low profile'. Tapi saya tahu di masih sayangkan bidang perfileman," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Kali terakhir Pierre terlibat dengan aktiviti seni adalah pada tahun 2016 apabila dia mengarah filem "Kecoh Primadona Kena Hantu" sebelum menghilangkan diri dari dunia seni.

Diharap Pierre dapat kembali memeriahkan industri seni tanah air seperti dahulu dengan terus menghasilkan karya-karya berkualiti buat penonton.

Sejak menceburkan diri dalam dunia seni, Pierre sudah pun membintangi lebih 30 buah filem, drama, telefilem dan juga mengarah filem.

Cinema Online, 04 Jun 2020

Filem Berkaitan:
Kecoh! Primadona Kena Hantu (Malay) (13 Oct 2016)
Muka Surat Cinta (Malay) (16 Jan 2014)
Apartment (Malay) (31 Dec 2015)


Waktu Tayangan