Tempoh PKP ajar Izzue Islam untuk lebih berjimat cermat | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Tempoh PKP ajar Izzue Islam untuk lebih berjimat cermat

Penulis: Ashraf Nasser

Izzue Islam meluangkan tempoh kuarantin bersama isteri, Awin Nurin.
Izzue Islam meluangkan tempoh kuarantin bersama isteri, Awin Nurin.

27 Mac – Susulan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebagai langkah pencegahan penyebaran wabak COVID-19, pelakon Izzue Islam membuat keputusan untuk mengamalkan sikap berjimat cermat.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, dalam situasi pandemik ini dia berpendapat lebih baik membuat persediaan rapi bagi dua minggu yang akan datang memandangkan keadaan tidak dapat dijangka.

"Buat masa ini saya kena susun semula kewangan untuk hari-hari yang akan mendatang. Selagi boleh berjimat, saya akan cuba. Tidak mahu lagi membazir dengan perkara yang mengarut dan tak penting.

"Sepatutnya saya kena buat persediaan pakaian untuk penggambaran tetapi hanya 50 peratus sahaja sudah dipsersiapkan. Ada banyak lagi kena beli tetapi kena kurangkan sedikit," ujarnya yang dipetik dari mStar Online.

Dalam pada itu, Izzue turut mengajak orang ramai untuk bersatu menentang wabak yang semakin meningkat di Malaysia ini dengan cara mematuhi arahan kerajaan dan duduk di rumah.

"Jaga kebersihan diri dan bawa 'hand sanitizer' itu ke mana-mana anda pergi. Selebihnya biar wira-wira kita yang menjalankan tugas mereka. Kasihan mereka sudah lama tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga," tambahnya lagi.

Beralih ke perkembangan karier, Izzue dilihat menyibukkan diri dengan beberapa program yang diadakan secara dalam talian menerusi laman sosial sepanjang tempoh PKP ini seperti program Artis Duduk Diam dan Borak Malam Ni.

(Sumber foto: Izzue Islam Instagram)

Cinema Online, 27 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Bella & Jamie (Malay) (31 Jan 2019)
XX-Ray 3 (Malay) (24 Jan 2019)
Aliff Dalam 7 Dimensi (Malay) (08 Sep 2016)


Waktu Tayangan