Peminat rai hari jadi Shah Rukh Khan di media sosial | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Peminat rai hari jadi Shah Rukh Khan di media sosial

Penulis: Nisa Irina

Shah Rukh Khan kini berusia 55 tahun.
Shah Rukh Khan kini berusia 55 tahun.

3 Nov – Sejak tiga dekad lalu, bintang terkenal Shah Rukh Khan telah berjaya menakluk hati berjuta-juta peminat filem Bollywood hinggakan dia layak menerima gelaran 'Badshah of Bollywood'.

Tahun demi tahun, nama yang cukup popular di seluruh dunia ini sering memberikan persembahan terbaik dalam filem-filem ikonik lakonannya, termasuklah "Kuch Kuch Hota Hai", "Mohabbatein", "Don", "Kabhi Khushi Kabhie Gham", "Om Shanti Om" dan banyak lagi.

Pada hari Isnin bersamaan dengan 2 November, raja Hindustan ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-55. Sehubungan dengan itu, para peminat dan selebriti dari seluruh dunia sama-sama meraikannya menerusi media sosial dengan tanda pagar #HappyBirthdaySRK.










Sementara itu, Shah Rukh Khan baru-baru ini meminta orang ramai dan para peminat untuk tidak berkumpul di perkarangan banglo mewahnya, Mannat, yang terletak di Bandra, mahupun di lokasi-lokasi lain bagi menyambut hari jadinya.

Ia susulan situasi pandemik COVID-19 masih belum reda dan angka kes wabak itu di India juga semakin meningkat.

Dalam perkembangan lain, Shah Rukh Khan bakal kembali bekerja untuk projek filem baru, "Pathan" bermula November ini selepas dua tahun kelibatnya tidak muncul dalam mana-mana filem susulan kegagalan filem "Zero".

Filem arahan Siddharth Anand itu akan menggandingkan Shah Rukh Khan dengan rakan pelakonnya, Deepika Padukone, serta menandakan kerjasama pertamanya dengan bintang filem aksi, John Abraham.

(Sumber foto: India Telugu)

Cinema Online, 03 Nov 2020

Waktu Tayangan