23 Mei – Bintang terkenal Priyanka Chopra Jonas mengembalikan nostalgia filem aksi thriller lakonannya "Karam" (2005) apabila dia memuat naik video 'throwback' babaknya menyanyikan lagu "Tinka Tinka". Terdahulu, lagu terbitan Vishal-Shekhar itu pernah meraih perhatian ramai sehinggakan ramai peminat yang menganggap Priyanka merupakan penyanyi asal lagu tersebut. Namun menurut aktres filem "Baywatch" itu, seperti mana yang dilihat dalam filem-filem lain, "Tinka Tinka" juga dialih suara oleh salah seorang penyanyi kegemarannya, Alisha Chinai. ""Tinka Tinka" adalah sebuah lagu daripada filem lama saya "Karam" (Deed). Ia dirilis pada 2005. Kepada sesiapa yang tidak tahu, filem-filem Hindi sering menggunakan khidmat penyanyi latar kepada kebanyakan aktor dan saya berpeluang untuk menerima beberapa penyanyi hebat untuk mengalih suara dalam filem saya selama bertahun-tahun. "Tetapi apabaila lagu ini diriliskan, ramai yang menganggap ia adalah nyanyian saya, tetapi sebenarnya suara itu milik salah seorang penyanyi kegemaran saya, Alisha Chinai. Dia meniru nada suara saya dengan baik sekali. Terima kasih Alisha!!" tulisnya di Instagram.
View this post on Instagram 'Tinka Tinka' is a song from one of my earlier films Karam (Deed). It released 2005. For those who might not know, Hindi films use playback singers for most actors and I've had the fortune to have some amazing singers lend their voice to my films over the years. But when this song was released, most thought it was me...But in fact it was the voice of one of my favorite singers @alishachinaiofficial... she complimented my tone so well. Thank you Alisha!! .. so this Thursday.... #TBT @sanjayfgupta @thejohnabraham A post shared by Priyanka Chopra Jonas (@priyankachopra) on May 21, 2020 at 6:16pm PDT
'Tinka Tinka' is a song from one of my earlier films Karam (Deed). It released 2005. For those who might not know, Hindi films use playback singers for most actors and I've had the fortune to have some amazing singers lend their voice to my films over the years. But when this song was released, most thought it was me...But in fact it was the voice of one of my favorite singers @alishachinaiofficial... she complimented my tone so well. Thank you Alisha!! .. so this Thursday.... #TBT @sanjayfgupta @thejohnabraham
A post shared by Priyanka Chopra Jonas (@priyankachopra) on May 21, 2020 at 6:16pm PDT
Untuk rekod, filem "Karam" arahan Sanjay F. Gupta menggandingkan Priyanka bersama aktor filem aksi John Abraham, di mana mereka menjayakan yang watak suami isteri, John dan Shalini. Menurut penerbit Harry Baweja, filem itu adalah berdasarkan kisah benar dan difilemkan di Mumbai. Sayangnya, filem itu gagal meraih kutipan pecah panggung di India dan luar negara. (Sumber: Priyanka Chopra Instagram) (Sumber foto: Cinestaan)