Produksi filem "Imaginur" bakal mula awal Mac | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Produksi filem "Imaginur" bakal mula awal Mac

Penulis: Nisa Irina

Poster teaser "Imaginur" yang dikongsi pihak produksi tiga tahun lalu.
Poster 'teaser' "Imaginur" yang dikongsi pihak produksi tiga tahun lalu.

27 Feb – Penerbit dan pengarah Nik Amir Mustapha mengumumkan projek filem terbarunya yang diberi judul "Imaginur" bakal memulakan sesi penggambarannya pada awal Mac ini.

Baru-baru ini, Nik Amir telah memuatnaik beberapa keping foto menerusi laman sosial yang memaparkan kumpulan produksi sedang mengadakan mesyuarat bagi proses pra-produksi filem itu di Rumah Seni Selangor, Petaling Jaya.

Jika dilihat pada foto-foto yang dikongsikan, mereka turut mengadakan sesi membaca skrip yang ditulis oleh Nik Amir dan Redza Minhat bersama pelakon Beto Kusyairy dan Diana Danielle.

Walaupun butiran lanjut belum dikongsikan buat masa ini, namun pihak produksi telah berkongsi sebuah poster 'teaser' bagi menarik perhatian umum pada 2017.

Sehubungan dengan itu, filem "Imaginur" menandakan filem keempat arahan Nik Amir selepas "KIL" (2013), "Terbaik Dari Langit" (2014) dan "Rise: Ini Kalilah" (2018).

Filem yang ini diterbitkan di bawah produksi Lumatic Films, yang sebelumnya pernah menerbitkan telefilem "Shiba Shiba Doo".

(Sumber foto: Redza Minhat Twitter & Nik Amir Instagram)

Cinema Online, 27 Feb 2020

Filem Berkaitan:
Rise: Ini Kalilah (English / Malay / Tamil / Chinese) (13 Sep 2018)
Terbaik Dari Langit (Malay) (25 Dec 2014)
KIL (Malay) (30 May 2013)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan