Projek filem biopik Ma Anand Sheela tak akan direalisasikan? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Projek filem biopik Ma Anand Sheela tak akan direalisasikan?

Penulis: Nisa Irina

Ma Anand Sheela ingin wataknya direalisasikan oleh Alia Bhatt.
Ma Anand Sheela ingin wataknya direalisasikan oleh Alia Bhatt.

18 Jan – Bekas penjenayah dan jurucakap pergerakan Rajneesh Ma Anand Sheela tidak memberi kebenaran kepada bintang terkenal Priyanka Chopra untuk meneruskan perancangan projek filem biopik mengenainya.

Pada tahun lalu, Priyanka mengumumkan projek itu bakal diarahkan oleh pemenang anugerah Oscar Barry Levinson. Walau bagaimanapun, tiada perkembangan baru diumumkan oleh Priyanka selepas itu.

"Saya sudah beritahunya yang saya tidak membenarkan mereka untuk meneruskan filem itu kerana saya tidak memilih dia untuk membintanginya.

"Di Switzerland, kami menghantar notis dengan mudah dan saya telah menghantar emel yang sah di sisi undang-undang kepadanya," jelas Ma Anand Sheela yang dipetik dari Hindustan Times.

Dalam pada itu, laporan menyatakan pembikin filem Karan Johar akan meneruskan perancangannya untuk menghasilkan biopik Ma Anand Sheela yang akan ditayangkan di Netflix.

Projek itu akan diarahkan oleh Shakun Batra dan aktres Alia Bhatt telah dipilih untuk menerajuinya. Difahamkan perkara itu juga telah dipersetujui oleh Ma Anand Sheela.

"Ianya bukan satu kebetulan yang mana Ma Anand Sheela menyatakan Alia adalah aktres ideal untuk berlakon sebagai dirinya. Itu adalah perancangan Karan Johar dari awal lagi," dedah satu sumber terdekat.

(Sumber foto: City News)
(Sumber artikel: Hindustan Times)

Cinema Online, 18 Jan 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan