Promosi filem di media sosial jadi pilihan penerbit masa kini? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Promosi filem di media sosial jadi pilihan penerbit masa kini?

Penulis: Nisa Irina

Redza Minhat pertahankan keputusan penerbit mempromosikan filem di Twitter.
Redza Minhat pertahankan keputusan penerbit mempromosikan filem di Twitter.

17 Ogos – Media sosial kini menjadi satu medium penting buat para pembikin filem dan penggiat seni dalam mempromosikan projek filem mahupun drama terbitan mereka, tambahan lagi dalam situasi pandemik COVID-19.

Sehubungan dengan itu, pelakon dan penulis skrip Redza Minhat tampil memberi penjelasan tersendiri tentang mengapa pihak penerbit masa kini lebih cenderung untuk mempromosikan filem di media sosial.

Ia susulan seorang pengguna Twitter mempersoalkan mengapa syarikat produksi Kuman Pictures tidak memasarkan filem seram "Roh" secara besar-besaran setelah ia ditayangkan di pawagam baru-baru ini.

"Kalau anda nampak ciapan yang mempromosikan betapa bagusnya sesebuah filem itu dan anda mempersoalkan mengapa tiada pemasaran, anggap sahaja ini adalah jawapannya.

"Ciapan itu adalah salah satu strategi pemasaran kerana pemasaran arus perdana memerlukan wang dan mungkin mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi," tulis Redza menerusi laman Twitter miliknya.

Perkongsian yang dibuat oleh pelakon filem "Terbaik Dari Langit" itu turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti seperti Beto Kusyairy dan Adibah Noor, yang bersetuju dengan pendapat Redza.

Seperti yang dilihat di laman Twitter, para selebriti dan pembikin filem seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Megat Sharizal, Rewan Ishak dan Razaisyam Rashid memberi sokongan serta memuji hasil filem lakonan Namron tersebut.

(Sumber foto: Redza Minhat Instagram)

Cinema Online, 17 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Motif (Melayu) (26 Sept 2019)
Terbaik Dari Langit (Melayu) (25 Dis 2014)
KIL (Melayu) (30 Mei 2013)


Waktu Tayangan