Rabecca Nur Islam terpaksa tolak tawaran berlakon walaupun rindu berlakon | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Rabecca Nur Islam terpaksa tolak tawaran berlakon walaupun rindu berlakon

Penulis: Ashraf Nasser

 Rabecca Nur Islam terpaksa tolak tawaran berlakon kerana tidak mahu susahkan pihak produksi kelak.
Rabecca Nur Islam terpaksa tolak tawaran berlakon kerana tidak mahu
susahkan pihak produksi kelak.

13 Jul – Pelakon dan ahli perniagaan Datin Rabecca Nur Islam dedah dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon walaupun mengakui rindu untuk kembali beraksi dihadapan kamera.

Menurut Rabecca, dia terpaksa melupakan niat untuk kembali berlakon kerana mahu memberi tumpuan untuk menguruskan keluarganya.

"Kalau berlakon dan berada di set penggambaran, selalunya kita akan mula bekerja contohnya dari Subuh sehingga Subuh keesokan harinya.

"Jadi kalau keluar kerja, suami dan anak masih tidur. Bila balik rumah, mereka dah tidur semula dan masa berkualiti untuk mereka jadi terhad," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon "Keramat" itu lagi, dia hanya akan menerima tawaran berlakon yang akan habis penggambaran selewat-lewatnya jam 10 malam dan sekiranya tidak ada dia akan menolak tawaran itu kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.

Rabecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada 24 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan lima anak.

Selain itu, Rabecca juga memiliki seorang anak angkat, Nor Adam Daniel serta dua anak tiri.

(Sumber foto: Rabecca Instagram)

Cinema Online, 13 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Keramat (Malay) (12 Jan 2012)


Waktu Tayangan