Keluar dari ICU, Rahul Roy kini jalani rawatan fisioterapi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Keluar dari ICU, Rahul Roy kini jalani rawatan fisioterapi

Penulis: Nisa Irina

 Rahul Roy disahkan menghidap Afasia yang menyebabkan dia mengalami gangguan komunikasi.
Rahul Roy disahkan menghidap Afasia yang menyebabkan dia mengalami
gangguan komunikasi.

3 Dis – Setelah beberapa hari ditahan di unit rawatan rapi (ICU) akibat diserang strok, aktor Bollywood Rahul Roy kini dipindahkan ke wad biasa bagi menjalani rawatan lanjut.

Sehubungan dengan itu, Rahul yang popular dengan filem klasik "Aashiqui" perlu menjalani rawatan fisioterapi dan latihan pertuturan selepas doktor mengesahkan dia mengalami gejala Afasia.

Perkembangan itu telah dikongsikan oleh adik ipar Rahul, Romeer Sen menerusi laporan yang dipetik dari Times of India.

Terdahulu, Rahul diserang strok usai menjalani penggambaran filem "LAC: Live the Battle" di Kargil. Difahamkan cuaca buruk pada ketika itu menyumbang kepada penyakit tersebut.

Juara program "Bigg Boss" musim pertama itu kemudiannya dikejarkan ke Srinagar untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Mumbai.

"LAC: Live the Battle" merupakan filem aksi Nitin Kumar Gupta yang berkisarkan tentang pertelingkahan Sino-India di Lembah Galwan.

Selain Rahul, filem itu turut menampilkan bekas peserta "Bigg Boss 14", Nishant Singh Malkani sebagai watak utama.

Memandangkan Rahul belum pulih sepenuhnya, nampaknya pihak produksi terpaksa menunda jadual penggambaran yang kini berbaki dua hari.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Pinkvilla)

Cinema Online, 03 Dis 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan