Rahul Roy masuk ICU akibat strok | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Rahul Roy masuk ICU akibat strok

Penulis: Nisa Irina

 Rahul berada dalam keadaan selamat dan kesihatannya beransur pulih.
Rahul berada dalam keadaan selamat dan kesihatannya beransur pulih.

1 Dis – Aktor Bollywood Rahul Roy mengejutkan peminat apabila dikejarkan ke hospital gara-gara diserang strok ketika menjalani penggambaran filem "LAC: Live the Battle" di Kargil.

Difahamkan cuaca buruk ketika penggambaran yang berlangsung pada minggu lalu adalah punca Rahul diserang strok sebelum dia dibawa ke Srinagar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kini aktor yang terkenal dengan filem klasik "Aashiqui" itu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas dipindahkan ke sebuah hospital di Mumbai.

"Dia dimasukkan ke hospital pada dua hari lalu sebaik tiba dari Kargil. Dia ditahan wad akibat strok progresif.

"Dia berada dalam keadaan selamat dan beransur pulih. Ia akan memakan masa sedikit," dedah sumber yang dipetik dari The Hindu.


Rahul Roy bawa watak seorang kolonel dan digandingkan dengan Nishant Singh Malkani.

Berbalik kepada filem "LAC: Live the Battle", filem itu menggandingkan Rahul bersama bekas peserta "Bigg Boss 14", Nishant Singh Malkani sebagai watak utama.

Diarahkan oleh Nitin Kumar Gupta, penggambaran filem itu berbaki dua hari lagi dan dijangka akan bersambung sebaik sahaja Rahul sudah pulih sepenuhnya.

(Sumber: The Hindu)
(Sumber foto: Rahul Roy Instagram)

Cinema Online, 01 Dis 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan