Rakul Preet Singh salur bantuan makanan kepada 200 keluarga | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Rakul Preet Singh salur bantuan makanan kepada 200 keluarga

Penulis: Nisa Irina

Rakul Preet Singh lakukan kerja amal dengan bantuan ibu bapanya.
Rakul Preet Singh lakukan kerja amal dengan bantuan ibu bapanya.

8 Apr – Aktres Rakul Preet Singh melakukan kerja amal dengan menyalurkan bantuan makanan kepada 200 buah keluarga di Gurugam berikutan negara India telah dikenakan Perintah Berkurung akibat pandemik COVID-19.

"Bapa saya memberi cadangan ini apabila melihat orang ramai kekurangan bekalan harian. Kami menyediakan dua hidangan sehari kepada mereka dan kami bercadang untuk melakukannya sehingga tempoh Perintah Berkurung berakhir.

"Jika tempoh ini dilanjutkan, kami masih akan meneruskannya. Setakat ini, saya akan memberi komitmen sehingga hujung April kemudian kami akan lihat berdasarkan perubahan situasi.

"Hidangan ini dimasak di sebuah tempat di kawasan kediaman saya dan dihantar oleh sukarelawan kepada mereka yang memerlukan," jelasnya yang dipetik dari Yahoo India.

Dalam perkembangan lain, Rakul juga telah berkolaborasi bersama barisan selebriti Bollywood terkenal yang lain untuk menjayakan video muzik bagi lagu "Muskurayega India".

Lagu ciptaan Jjust Music and Cape of Good Films itu dicipta khas untuk memberi semangat kepada seluruh penduduk negara tersebut dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19 dan Perintah Berkurung.

Selain Rakul, video muzik itu turut menampilkan Akshay Kumar, Ayushmann Khurrana, Jackky Bhagnani, Kartik Aryan, Ananya Panday, Bhumi Pednekar, Tiger Shroff, Tapsee Pannu, Kriti Sanon, Rajkummar Rao, Vicky Kaushal, Kiara Advani, Sidharth Malhotra, serta RJ Malishka dan Shikhar Dhawan.

(Sumber: Yahoo India)
(Sumber foto: Rakul Preet Singh Instagram)

Cinema Online, 08 Apr 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan